Keriduan adalah janji yang dilafazkan dalam hati
Tak bersuara, tak tertulis
Tak terputus walaupun berjauhan
Tak berubah walaupun masa terus berputar
Wahai diri yang sedang merindu
Apabila kita mencintai seseorang
Sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai
Apabila kita telah menyanyangi seseorang
Sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri dibenci
Apabila kita terlalu merindui seseorang
Kita telah pun bersedia untuk dilupakan
Meskipun amat terseksa
Tapi itu adalah hakikat hidup
Ada masanya kita tak perlu lagi menoleh ke belakang
Andainya sejarah silam hanya melukai hati
Namun ada ketikanya kita perlu mengingati
Biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna
Menghiasi pengalaman hidup yg pernah kita lalui..
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di dpn mata
Ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki
Kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan
Yang kadangkala tidak di sangka..
Kadangkala apa yg kita inginkan takkan sama dengan yang kita harapkan
Ada kalanya apa yg kita harapkan takkan sama dengan apa yang kita impikan
Kerana impiam hanyalah ilusi
Harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai
Sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan reality
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan
Bukan sekadar memiliki
Tapi ia adalah sesuatu yg memberikan kita nilai
Untuk meneruskan hidup dan ianya beri kita KEKUATAN DAN MAKNA SEBUAH HUBUNGAN
♥♥ i would like to dedicate this message to someone that i luv ... from de bottom of my heart .. forever .. ♥♥
Tuesday, April 6, 2010
Simfoni Hati Yang Merindu
Posted by Arda Rahim at 6:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment