CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 8, 2010

Kuatkan Semangat ye Kadir

Orang kata sakit ni boleh datang bila2 masa. Sekarang ni lagi la, sakit tidak kenal umur. Dulu mmg kita selalu nengok, orang yang berpenyakit ni terdiri daripada orang yang dah berusia. Tapi tidak lagi sekarang. Orang muda pun dah banyak yang ada sakit2yang boleh dikategorikan sebagai 'kronik'.

Antaranya, aku lah yg dah ada darang tinggi since awal 30-an lagik. Mmm.. mungkin jugak mak aku ada darah tinggi, so aku pun ada. orang kata keturunan. Tapi aku sendiri pun tak jaga makan hehhe.. So sekarang aku bergantung pada ubat, kena makan Hyzzar setiap hari sebijik waktu pagi. Aku kena jaga makan, dan doktor nasihatkan paling penting aku tak leh stress sbb kalau aku stress, tekanan darah aku akan naik.

Setakat jaga makan tu aku tak esah sgt, tapi bab stress tu aku ada lemah sikit sbb mmg aku selalu gak stress lagi2 bila aku rasa ada yg tak kena dan akuk banyak berfikir... so time ni mmg kepala aku akan sakit. Tapi insyaAllah, aku akan cuba utk kurangkan stress aku. Tapi wat masa ni aku kene jumpa doktor setiap bulan utk pastikan tekanan darah aku berada di tahap yang 'cun'.

Ok, abeh kisah sakit aku, skrg aku nak bukak kisah kawan aku masa kami sama2 kat Research Dept dulu. Kadir ! Seorang yang punya badan mmg tough la, hensem, tinggi dan paling penting, baik hati. Dulu kami selalu la hang out sama2. Pegi vacation sama2. Masa tu kami sama2 kat Research. Tapi sejak dia quit TV3, aku jarang2 jugak jumpa dia.

Satu hari, Kuyah bagitau aku yang kadir sakit. Aku ingat sakit biasa, tapi rupanya brain cancer. Terkejut gak aku. Asalnya hanya sakit2 kepala. ( alamak, aku pun selalu sakit kepala nih..) So bila Kadir tak tahan lagik, dia pun p buat check-up. Dan akhirnya Doktor sahkan dia ada brain cancer.

Aku dpt rasakan apa perasaan Kadir masa tu. Sakit bukan sebarang sakit,itu antara sakit yang paling ditakuti oleh setiap orang. Bila Kadir dapat tahu yg dia sakit, dia sempat buat operation di SJMC utk pertama kalinya pada bulan Dec 2009. Namun Kadir blm sempat buat chimoteraphy sbb masih menunggu Q dari HUKM.

Setelah beberapa kali tertangguh untuk melawat Kadir, baru2 ni aku, ani & kuyah sempat melawat kadir yang ada kat umah mak dia. Nasib baik ani master kat puchong tu, so senang jugak kami cari rumah dia. Aku rasa nak menitik (mmg aku dah nangis pun..) bila nengok keadaan kadir yg uzur tu. Mula2 kami sampai, Kadir tidur sbb akak dia kata, dia makan ubat. Tapi kami duduk mengadap Kadir sambil sembang2.

Masa tu aku teringat masa kami sama2 hang out, p vacation, begelak-gelak, p makan .. smer terbayang kat mata aku nih.. Ya Allah, sedihnya.. Sambil kami tunggu Kadir bangun, mak & kakak dia cerita kat kami bertiga ttg kadir. Dia dah hampir 2 minggu mcm tu. Tak ada selera makan (kalau makan pun sebab nak makan ubat, itupun dlm kuantiti yg sikit). Malah Kadir dah kene pakai pampers sbb mak dia kata Kadir dah tak boleh bangun sangat.

Lps operation kat SJMC, kadir berubat cara kampung kat Kelantan. Balik dari Kelantan utk kali ke 2 tu , selang beberapa hari, Kadir trus terbaring dan bertambah uzur. Kurang bercakap, makan tak lalu. Pandangan mata Kadir pun dah makin berkurangan.

Masa kami besembang, tiba2 Kadir sedar dari tidur. Jadi kami ajak Kadir besembang, Kadir bukak mata, tapi dia tak boleh nmpk kami dengan jelas. Mata Kadir hanya memandang ke atas (arah syiling rumah).. Tapi setiap kali kami panggil nama dia, Kadir hanya mampu jawab "ya" & angguk kepala. Sedihnya aku ngk keadaan Kadir.

Aku rindu pada Kadir yang dulu, yang ceria, yg penuh dengan cerita2 yg buat kami terhibur.Tersentuh hati bila aku pegang tangan Kadir dan bagitau suruh dia makan ubat , nnti bila dah sembuh, aku nak g rumah dia kat mentari court tu sbb dah lama aku teringin nak g umah baru dia tu, dan Kadir jawab 'ya' walaupun dia tak pandang aku sbb dia tak blh nak ngk dengan jelas. Puas mak dia tolak muka Kadir utk ngk kami, tp tak ada reaksi dari Kadir. Reaksi biasa Kadir adalah 'pegang kepala dia & mengerutkan mukanya' tanda sakit tanpa sepatah kata.

Kakak Kadir kata dia dah stage yg akhir utk sakit cancer ni.. namun mereka tak putus asa utk bantu Kadir teruskan hidup dengan keadaan begitu. Dan aku sendiri akan berdoa & mintak Allah sembuhkan Kadir seperti dulu.

Apa yg aku boleh buat, hanyalah memberitahu kawan2 yg sama dgn kami dulu utk menziarahi Kadir selagi ada hayatnya dikandung badan. Bukan aku minta yg tak baik, jauh sekali mendoakan, tapi kita tak tahu apa yg Allah dah tetapkan .. walaupun ajal & maut di tgn Allah, namun kita akan terus berusaha utk berdoa agar Kadir kembali sihat & ceria spt dulu.. Aminn..

Untuk Kadir, kuatkan semangat, makan ubat, banyakkan rehat. Arda akan doakan agar Kadir sembuh. Missed Kadir :(


0 comments: