Belum sempat aku nak post citer pasal kedatangan Alif Aiman, putera sulong Kak Long ngan Abg Rafi, aku dikejutkan oleh pemergiaan Muhammad Iqwanul Asraff, 18, putera bongsu bos aku, Dato Manja Ismail dan Datin Norzita.
15 Mac 2010 - Aliff Aiman dilahirkan di Hospital Putra, Sg Buloh dengan berat sekitar 3.1kg. Geram aku nengok .. Bakal menggegar lane satu hari nnti hehe.. comey sgt.. mm.. bila la aku nk dapat baby mcm ni kan ? Moga Allah perkenankan doa aku satu hari nanti ..
Untuk Kak Long dan Abg Rafi, Arda ucapkan tahniah di atas kehadiran Alif Aiman yang memang dinanti-nantikan setelah hampir 4 tahun. Moga Aiman (panggialn manja Alif Aiman) menjadi seorang anak yg soleh, baik, ingat ibu bapa, berpelajaran dan sentiasa menggembirakan Kak Long dan Abg Rafi.
Congratulations to both of u..
22 March 2010 - Tak hilang lagik rasa happy dgn kehadiran Aiman, aku dikejutkan dgn berita pemergiaan Asraff. Ini ujian yg besar pada Dato dan Datin khasnya.. Datin baru saja kehilangan ayahanda tercinta 3 bulan lalu .. dan sekarang giliran Asraff dijemput Illahi.
Asraf meninggal setelah accident di USJ3.. dlm perjalanan balik dari nengok bola dgn kawan2 dia. asraff tercampak dari dlm kereta bila kereta alia yg asraff bawak tu terbabas.
aku ingat lagik masa Dato bgtau yg dia amek cuti masa nak nengok asraff kat mckk sbb asraff nak amek spm ujung last year dan last 2 weeks dato bod pulak sbb nak amek asraff punya result. masih segar dlm ingatan aku.
itu aku, macam mana pulak ngan Dato dan Datin yg mmg setiap hari bersama asraff ? lagi terasa akan kehilangan asraff.. naluri seorang ayah dan ibu terhadap anaknyer..kasih sayang yg tidak berpenghujung..
apa yg aku mampu buat hanya berdoa agar asraff ditempatkan bersama kekasih2 Allah yg lain .. buat Dato, Datin dah keluarga, kuatkan semangat utk teruskan hidup.
Walaupun aku tidak berada di tempat Datin, tapi aku dpt rasakan bagaiman rasanya kehilangan seorang anak oleh seorang ibu .. sama perasaan yg pernah mak tok alami masa pok der tinggalkan kami 10 tahun lepas .. dan perasaan sedih mak (mak daddy) semasa umat islam masih dlm suasana gembira menyambut syawal tahun lepas bila fidot meninggalkan kami semua.
tapi apa boleh buat.. janji Allah itu pasti.. dah tiba masanya .. sesungguhnya yg hidup pasti mati.. macam tu jugak aku dan yg lain2 yg masih diberi peluang utk menikmati keindahan ciptaan Allah di muka bumi ini sblm Dia menjemput kita..
Entah esok atau lusa masa aku pulak.. semua tu hanya Allah yg tahu.. rahsia Allah tetap menjadi rahsia Dia..
Tadi aku baca blog asraff .. sedih bila baca 2-3 posting dia.. antaranya apa yg dia nak buat utk tahun 2010 ni.. nmpknyer harapan dia hanya tinggal harapan.. dia pergi membawa harapan dia sekali.. tp aku tetap harap, ada harapan dia yg telah tertunai sebelum dia meninggalkan kami..
ni antara harapan asraff
1. lepak around kl with a maximum of rm5 with me. see how i survive.
2. write songs and perform a gig with my band.
3. watch every movie there is in cinemas.
4. play futsal every time i get the chance.
6. help anyone who needs my help. be he/she a friend or foe.
5. hijack a school bus. and make a road trip.
6. no fights. unless other people starts it.
7. read good novels.
8. collect dvds. seriously.
9. buy a new guitar. and an amplifier.
10. be grateful to mama and papa
11. try to be a nicer person
12. jog daily.
untuk asraff, walaupun kak arda tak pernah jumpa asraff sbb akak baru je jadi secretary papa, tapi akak selalu ngk gambar asraff yg ada dlm bilik papa.. and kak arda tau asraff anak yg baik .. & mama & papa asraff syg sgt kat asraff .. mcm tu jugak kakak dan abang asraff..
moga asraff akan ditempatkan bersama kekasih2 Allah yg lain dan aman di sana.. Al Fatihah .. untuk Dato sekeluarga, moga bersabar dengan ujian ini kerana sesungguhnya Allah memberikan ujian kepada hamba yg Dia sayang.. aminnn...
Tuesday, March 23, 2010
Kenangan Ashraf & Kedatangan Aiman
Posted by Arda Rahim at 10:52 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Al-Fatihah buat arwah asraff..
bos akak pon gi melawat jenazah kat bkt kiara ari tu..mmg shock dgr berita ni..apapun Allah lebih sygkan dia..
ye akak.. kami pun terkejut sama.. tapi nak buat mcm mana.. mmg satukematian itu tidak pernah di rancang.. hanya Allah yg tahu..
mm.. tq to boss akak.. mmg ramai pun yg menziarah dato sekeluarga ari tu..
Post a Comment