Tanda-Tanda Bertauhid
Diantara tanda-tanda anda bertauhid adalah ketika anda disakiti orang lain dan anda memiliki beberapa sikap terhadap mereka.
1. Memaafkan
Ini merupakan bukti ketulusan hati terhadap perilaku orang yang menyakiti orang yang pernah menyakiti anda. Kemudian maafkan, yakni bersikaplah toleran dan maafkan semua kesalahannya. Seterusnya adalah ihsan, yakni balaslah kejahatan yang ia lakukan dengan kebaikan.
2. Keyakinan pada Qadha.
Anda harus menyedari bahawa ia tidak menyakiti kecuali itu merupakan ketentuan Qadha & Qadha Allah, sedangkan seorang hamba hanyalah perantaraan terjadinya sesuatu, sementara yang menentukan dan menetapkan ialah Allah. Oleh itu berserah dirilah dan tunduklah kepada pelindung anda.
3. Penghapusan Dosa
Anda harus menyedari bahawa kejahatan yang dilakukan orang lain terhadap diri adalah sebagai penebus dosa anda, penghapus kesalahan anda, pelebur kekhilafan anda dan sebagai peninggi darjat anda.
4. Munculnya Kesedaran Terhadap Diri
Ertinya anda menyedari bahawa segala perkara yang menyakitkan anda tidak mungkin ditimpakan pada diri anda melainkan akibat dari dosa yang telah anda buat.
5. Memuji Allah
Anda memuji Allah dan bersyukur kepadanya kerana anda diciptakan sebagai orang yang dizalimi, bukan menzalimi.
6. Sikap Kasih Sayang
Anda tetap bersikap berkasih sayang kepada orang yang menyakiti anda kerana dia adalah orang yang berhak mendapat kasih sayang anda.
Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat dalam bergelut, sesungguhnya orang yg kuat itu adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.
Sesungguhnya nafsu itu selalu memerintahkan kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Allah (yusuf 53).
La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazhzhalimi
Di dalamnya terkandung kesempurnaan tauhid. Penyucian kepada Allah, pengakuan seorang hamba akan kezaliman diri dan dosanya, yang merupakan penawar yang sempurna untuk menghilangkan kegundahan dan kegelisahan dan juga sebagai perantaraan yang paling tepat untuk mendekatkankan diri kepada Allah agar Allah mengabulkan semua permohonan kita.
Sumber : La Tahjzan - Jangan Bersedih
Friday, June 11, 2010
'Laa Tahzan'
Posted by Arda Rahim at 11:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment