CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Budak Setan (LBS)


Semalam sekali lagi muvie time .. Kali ni turn Lagenda Budak Setan pulak. Mmg mesti ada org gelakkan aku ngan Kak Maria bila dpt tau kitaorg g ngk Lagenda Budak Setan (LBS) .. sbb biasalah bila citer melayu ni tak ramai yg xcited nk ngk kan..

lagipun mmg ada komen yg kurang memberangsangkan ttg citer ni. tp sbb itulah kami g ngk.. nak tau betul ker tak sedap citer ni ? mungkin ada yg samakan citer ni ngan novel LBS.. tp bg aku tak adil sbb novel ngan muvie lain.

So semalam, aku ngan Kak Maria g la ngk LBS.. show kami kul 8.45.. mmg tak ramai pun yg ngk .. rata2 budak muda (termasuk kami ?? hahaha) yg ada dlm cinema tu ..

Bagi aku ok jerk citer tu.. mungkin aku jenis yg blh terima byk menda (tp tak semua) so aku blh terima jer LBS ni. Enjoy nengoknyer.. ada jer muvie lain yg aku ngk membosankan ! Cuma kekurangan here & there tu mmg ada la.. tp korang rasa semer citer tu blh jadik perfect ker ?

Lakonan Farid Kamil, Lisa Suryani, Que Haidar dan Fazura mmg best .. cuma mungkin, Shiqin Mohd Kamal pelakon baru yg jadi Ayu lps plastic surgery tu ada masanya nmpk kayu sikit.. tp ye lah pelakon baru kan ..

So bagi aku, korang boleh jer ngk citer tu.. enjoy . .. tak yah la pikir serius sgt.. Nah baca sinopsis ni :

Sinopsis LBS
Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.

Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.

Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.

Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.

Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.

Tp akhirnya bila Kasyah tahu yg Emilia tu adalah Ayu yang telah melakukan plastic surgery, Kasyah menerima Emilia dan mereka berkawin. Namun, jodoh ajal maut ditangan Allah . Sekali lagi ujian buat Kasyah bila Ayu meninggal semasa melahirkan anak pertama mereka.




Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (Ost Lagenda Budak Setan )

Bila cinta kini Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi Tinggalkanku

Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Ternyata memilih Cinta yang fana

Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh Dalam harapan

Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh Dalam harapan
Uuu...Dalam harapan

0 comments: